Kesedihan di bulan Ramdhan
Bulan Ramadhan…kehadiranmu di nanti…namun kehadiranmu mengundang
kesedihan dalam keluargaku….tiap hari yang kami lalui kesedihan
sentiasa menemani..namun di bulan ramadhan ini kesedihan sentiasa
mengundang rasa di hati..akan terasa tiap kali berbuka dan
bersahur…apatah lagi melihat juadah bubur kacang dan ayam goreng yang
menjadi pelengkap selera berbuka…..
Kami kehilangan orang yang
tersayang di bulan ramadhan..saat yang amat menyedihkan..hampir genap
setahun pemergian Abah tersayang ke rahmatullah..kesedihan amat jelas
terlukis di wajah Mami tercinta…semalam,mami sedih lagi…tak
tertahan air mata melihat mami sedih dan menangis memeluk baju melayu
yang arwah abah pakai semasa hayatnya ada..terasa benar kerinduan
menusuk sanubari mami bila mengingati arwah…aku hanya mampu memeluk
mami bagi mengurangkan kesedihannya..adikku hanya mampu menangis
bersama…amat berat kesedihan yang ditanggung oleh mami..kehilangan
teman tempat bergantung,berkongsi kegembiraan dan kesedihan….
Kesedihan
mami ditambahi lagi dengan kekurangan seorang insan yang amat
disayangi…Abang tidak dapat bersama kami di bulan Ramadhan ini dan
bulan Syawal akan datang….Abang kini berada di rantau orang
menjalankan tugas mempertahankan negara….Ku sanjung tinggi pendirian
abangku,walaupun jauh di mata,dia tetap dekat di hati..kerap kali dia
menghubungi mami bertanya khabar bagi megurangkan kesedihan mami..
Hanya
abang,aku n adik yang menjadi penyeri hidup mami…kami bertiga
berusaha memberi kebahagian kepada mami…Walaupun adikku punya
keluarga sendiri, mami tetap diutamakan…kehadiran 2 orang cucu
memberi sinar baru pada mami,kesedihan dapat dikurangkan dengan melihat
telatah si comel…Eqah dan Afiq buah hati mami…
Ya Allah,kau
tempatkanlah arwah abah kami di tempat orang2 yang beriman
disisi-MU..dan kau berikanlah kebahagian dunia dan akhirat kepada
keluargaku dan seluruh umat islam…AMIN.