Doa untuk insan yang tersayang
Doa untuk insan
yang tersayang
Tuhanku,
Seandainya telah
kau takdirkan dia milikku
Tercipta buatku,
Dekatkanlah
hatinya dengan hatiku,
Tetapkanlah
kemesraan antara kami
Agar kebahagian
ini kekal abadi
Dan tuhanku,
Seiringkanlah
kami mengharungi
Hidup yang luas
ini
Ketepikan yang
sejahtera
Tetapi tuhanku
yang maha pengasih
Seandainya telah
kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh
dari pandanganku
Luput dari
ingatku
Dan peliharakan
aku daripada kecewa
Serat tuhanku
yang maha mengerti
Berikan aku kekuatan
Melontar bayangannya
ke dada langit
Hilang bersama
senja merah
Dan gelap pekat
malam
Agar aku bisa
bahagia
Walau tanpa
dirinya
Dan tuhanku yang
maha pencipta
Gantikanlah yang
telah hilang
Tumbuhkanlah
kembali yang telah patah
Meskipun tidak
sama dengan dirinya
Biar sekuat
manapun aku menyintai dirinya
Aku pohon agar
tuhanku melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia di
takdirkan bukan milikku
Tetapi sekiranya
dia ditakdirkan untukku
Aku pohon agar
takdir
Memperkuatkan
kasihku padanya
Selagi tidak
melebihi kasihku padamu
Amin……………….
