NamaMU teratas….
Namamu teratas Indah bercahaya Jcomm…
Menerangi ruang hati bersama makna mimpi….
huhuhuhuhu…semacam je aku ni memuja Jcomm..hampeh tul..aku sebenarnya nak buat puisi pasal jcomm ni..ye la aku kn nak last dah sini Jcomm…confirm pas ni aku memang jarang la nak post apa2 lagi dlm friendster ni,almaklum la…kat cni jer aku ble curik tulang melalut..wakahkahkah…
Jcomm,
namamu segagah gunung kinabalu…
yang berdiri angkuh,menjadi kemegahan rakyat..
namun disebalik namamu,
terukir peristiwa suka dan duka,sedih dan gembira yang diundang…
pertama kali ku jejak kaki ke lembahmu…
bersama seorang temanku Nor yang sama-sama berjuang..
ku mulai kenal beth,LFS,LPS,denver dan bryan…
yang punya ragam,perangai yang pelik…
mulanya ku sangsi dan tak pasti…
bolehkah aku berjuang bersama mereka???
setelah bersama melalui dan mengenali…
baruku tahu mereka la kawan dan rakan…
bergurau senda,kutuk mengutuk,ejek-mengejek…
menjadi amalan harian…lantak la sapa yang sakit hati..
yang penting hati senang dan happy..hehehehe…
hari demi hari,bulan berganti bulan,tahun menjelma..
setiap orang membawa diri..mencari kelebihan dan kesesuaian…
yang pergi akan berganti…tak perlu di tangisi
muncul la pulak c ambo…
perangai pun sama juga..pelik semacam..
apatah lag bila berjumap LPS yang memang macam-macam(heheheh)…
bekerja dalam satu pasukan..kekadang je ada salah faham…
tu la lumrah dalam pekerjaan…
kedatangan salmah sebagai pelajar praktikal dialu-alukan…
menjadi mangsa buli para technician…
ku ajar dia buli balik..namun apakn daya..dia lah minah sejati…
apa yang kurang..apa yang lebih…mungkin ada rezeki lain…
LPS pergi meninggalkan kenangan…
menjadikan jcomm sunyi sebentar…hilang segala gurau senda..
hanya yang ada segala ingatan…
kedatangan halim sebagai penganti LPS amat di nanti-nanti oleh LFS…
emm…mulanya menjadi tanda tanya??skema ke macam-macam LPS??
setelah dikenali…emm..memang macam-macam ada..lagi semacam..heheheh…
enjoy dan happy kembali mewarnai dunia jcomm…
gelak dan tawa tu la keriangan…
lawak halim menghiburkan hati…
memang honeymoon dalam dunia jcom…tp keja tetap diutamakan…
ambo pergi digantikan dengan asrul…emmm,skemanya..
di tambah lagi dengan kehadiran Stepanie..awek yang comel…
gembira dan gemilang dapat di gambarkan…
hanya dengan kehadiran kami…
namun,
itu hanya la kenangan kini…
semuanya hanya tinggal sejarah …
terbuku di setiap insan yang pernah bersama..
zaman kegemilangan jatuh seperti empayer melaka jatuh ketangan portugis..
(emmm…betul ke sejarah aku ni…heheh..semacam jer..buta sejarah la plak)
hilang berkecai..dihempap batu…
hanya sisi serpihan kecil yang tinggal..
hanya aku sendiri di sini…meniti saat,jam dan waktu..
meninggalkan jcom yang amat tidak diCINTAI..
kuasa telah berganti…militan menguasi…
hanya kerana kesilapan sang ketua..yang pergi tanpa bicara..
meninggalkan anak-anak kecil tanpa haluan…
hingga memasing mencari pendirian…
mencari ruang sendiri melepaskan diri..mencari kedudukan..
apa pun yang berlaku..aku tetap aku…
aku akan mengingati korang semua…yang telah mencorak langkah baru ku..
dalam alam pekerjaan…
kenangan tetap kenangan….
hai..sang ketua,di mana kah kau???
lebih baik kau turun sebelum aku naik..
memarahi kesilapan yang kau buat pada kami…
(heheheheheheh…sebenarnya ni la yang tersirat di hati aku,nak marah sangat..tapi nak buat macam mana..dah berlalu..nak marah pun tak guna)
fuhhhh…abis gak akhirnya puisi apa-apa entah dari aku pasal jcom…
p/s…Mr LPS..ni puisi tuk ko baca..hahahah..jangan mara ah..kalo ada yang terkasar..tu yang ikhlas dari hati aku tu…kuang..kuang..kuang..pada member lain yang tersenarai dia atas,aku mintak maap la ek..